Wednesday 15 August 2012

Jom jadi seorang yang pemaaf dan minta maaf

Sumber Google

Kalau sebelum ni korang gaduh,pernah tersakit hati,pernah memendam rasa,pernah terkecil hati, dan seangkatan dengannya,eloklah kita saling bermaaf-maafan...kalau bulan-bulan sebelumnya takde nak mintak maaf,hari raya nanti mintak maaf...tak salah pun mintak maaf jugak,mane lah tau kan,kata-kata kita pernah mengguris hati orang..yerlah,kekadang kita cakap lagi laju belum sempat nak pikir susunan ayat yang sesuai...

Macam lirik lagu-lagu raya tu "


                   "Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa."






ye,maaf dipinta untuk mensucikan dosa-dosa yang lampau...selepas sebulan berpuasa,menjalankan ibadat dengan Allah, selepas tu mintak maaf sesama kita pulak,untuk mensucikan lagi dosa yang ada....
Bukan tu je,kalau ada orang mintak maaf dengan kita,kita pun kena maafkan dengan hati yang terbuka,dan ikhlas..



"WALAUPUN ORANG TU DAH RAMPAS TUNANG KAW,KAW NAK MAAFKAN JGK KE?"

ya,maafkan jer lah,sebab kita anggap itu adalah Qada' dan Qadar Allah s.w.t kepada kita...


"ELLO,CAKAP MEMANG LAH SENANG,KAW TAK RASA APA YANG AKU RASA..."


mungkin pada mulanya korang xboleh maafkan,memang susah la kot kan...tapi tp at last korang akan maafkan mereka dengan sendirinya...dan korang akan redha dengan benda yang sudah terjadi tu...dan aku akan cakap untuk sesiapa sahaja yang mengalami situasi macam ni,dan sentiasa beringat untk diri sendiri jugak....

"Itu adalah salah satu ujian Allah terhadap engkau,dan ujian Allah terhadap umatnya datangnya dalam pelbagai bentuk...itu ujian untuk engkau,dan ujian untuk aku lain caranya...sebab Allah nak  kita sebagai umatnya sentiasa ingatkan DIA (Allah S.W.T) ...






P/S :: SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN :)

No comments:

Post a Comment